
Saya akan bercerita tentang Bulan Sabit Merah
Inilah uniform bulan sabit merah

Kain anduh
Maksud bulan sabit merah:
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.
Maksud lambang Bulan Sabit Merah
Lambang Bulan Sabit Merah berasal dari lambang palang merah.
Negara-negara Islam tidak setuju dengan palang merah kerana berkaitan dengan
uagam Kristian.
Mulanya Henry Dunant mencadangkan satu lambang digunakan oleh pasukan
penyelamat dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka dari diserang
ketika peperangan.
Jadi Dr Louis Appia mencadangkan kain putih digunakan . Kain putih
selalunya bermaksud perlindungan dan menyerah kalah atau berkecuali. General
Henry Duffor mrencadangkan palang merah ditambah pada kain putih. Kebetulan
lambang ini sama dengan bendera Switzerland.
Tahun 1906, Konvensyen Geneva temlah menambah makna iaitu ‘tanda
perhormatan kepada negara Switzerland’.
Apabila perang Rusia-Turki tercetus, negara Turki enggan mengiktiraf
lammbang palang merah . Sebaliknya menggunakan bulan sabit merah dan kebetulan
bulan sabit merah sama dengan bendera Turki. Ramai negara Islam mengikut
langkah Turki.
Mulanya Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah tidak setuju tindakan
Turki ini dan mendakwa lambang palang merah tidak ada kaitan dengan agama
Kristian.
Akhirnya 1929, Persidangan Palang Merah Antarabangsa mengiktiraf
lamabng Bulan Sabit Merah.
MAKNA PALANG MERAH :
Palang mengandungi 5 kotak yang memberi maksud :
Persidangan Antarabangsa Palang Merah
Negara-negara yang menandatangani Perjanjian Geneva
Liga Persatuan Palang / Bulan Sabit Merah
Palang / Bulan Sabit Merah Kebangsaan
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.
Tujuan lambang Palang / Bulan Sabit Merah :
Konvensyen Geneva mengiktiraf lambang dengan tujuan :
Sejarah bulan sabit merah
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1948
sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada
tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di
Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.
Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia
dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan
mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai
1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan
akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia
(Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah
Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama
baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan
digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar
nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran
penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.
Lagu bulan sabit merah
Lirik lagu bulan sabit merah
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Lagu bulan sabit merah
Lirik lagu bulan sabit merah
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

No comments:
Post a Comment