Sunday, October 7, 2018

Hobi saya

                             
                                     Hobi saya

                                Image result for main netball

              Hobi saya ialah bermain bola jaring bersama keluarga atau kawan-kawan.



 Bola Jaring:

Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal daripada, bola keranjang. Dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita, bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Indies Barat, Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara.Dipetik dari:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_jaring


Faedah Bola Jaring:

Sukan sudah menjadi satu gerakan sosiobudaya yang agak penting di setiap negara moden hari ini. Sukan termasuklah olahraga dan permainan.Sukan dapat membina kesihatan tubuh badan dan mental seseorang. Sukan juga dapat memupuk semangat kesukunan.Selain itu, sukan dapat mengharumkan nama ahli sukan dan negaranya. Dasar Sukan Negara yang digubal jelas menunjukkan kepentingan bidang sukan kepada negara.

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan akan melahirkan insan yang cergas dan cerdas. Aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan.Senaman menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh.Lemak yang termendap dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga.Aktiviti sukan juga membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan.Dengan ini,seseorang akan dapat menghindarkan masalah penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetis, bak kata pepatah “otak yang cergas terletak pada badan yang sihat”. Dengan badan sihat,kita dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pekerjaan dan pelajaran.Lantas,kemajuan dan kejayaan sesebuah negara dapat dicapai.


                  Tempat bermainImage result for tempat bola jaringRelated image
       Saya bermain bola jaring di padang atau di dewan yang sesuai.

Sebab…..
Saya suka bermain bola jaring kerana sukan ini dapat menyihatkan badan ,mengeratkan hubungan antara kawan-kawan dan bola jaring sangat seronok untuk main.


        Inilah video bermain bola jaring
        
                          
\

                                Terima Kasih......
            







No comments:

Post a Comment